Aktiviti Menarik di Perlis – Bukit Cenderawasih
![10296602_10202230999200353_3355135366194964907_n](https://i1.wp.com/www.faizalfredley.com/wp-content/uploads/2014/05/10296602_10202230999200353_3355135366194964907_n.jpg?resize=650,366)
Aktiviti Menarik di Perlis – Bukit Cenderawasih | Petang-petang di perlis ni kadang-kadang agak membosankan tetapi kalau pandai ejas aktiviti yang hendak dilakukan memang hilang perkataan bosan ni.
Banyak tempat yang menarik di Perlis ni sebenarnya. Cuma orang jer ramai yang masih lagi tak tahu. Petang-petang biasa pelancong yang datang ke perlis pasti akan melepak di Kuala Perlis. Pemandangan yang menarik disamping bersantai bersama keluarga memang sesuai untuk menghilangkan tekanan.
Antara tempat yang korang boleh pergi adalah persisiran laut kuala perlis. Tempat ni kalau petang memang ramai orang. nak-nak masa cuti. Perghh memang sesak beb.
Selain tu kalau korang ada masa apa kata korang cuba rasa air nira nipah di Ladang Nipah KIPLI Perlis. Yang ni pun antara tempat popular di perlis.
Sekarang musim Harum Manis kalau korang teringinlah nak makan mempelam yang super duper mahal tu boleh ke Ladang Mempelam harum Manis di Sungai Batu Pahat.
Selain tu Padang Besar, Gua Kelam, Bukit Ayer, Tasek Timah Tasoh dan Tasik Melati pun best untuk lepak petang-petang.
#Selfie #LenovoMY #VibeZ #TravelBlogger #Perlis #Adventure
Kali ni aku nak fokus kepada Bukit Cenderawasih yang terletak di Kangar. Sebenarnya dah lama aku teringin nak naik bukit ni orang kata view dia memang awesome. Boleh nampak satu perlis.
Aku pun bila dah tinggal sebulan lagi kat perlis ni ambil peluang petang ni yang tak ada aktiviti untuk mendaki bukit cenderawasih ni.
nak kata tinggi tak tinggi mana pun tapi ketar gak lutut aku tadi. heheh..maklumlah bukit ni curam giler. kalah Gunung Tahan kot.
Tapi bila dah sampai kat puncak memang puas hati. Nak sampai ke puncak ambil masa dalam 15 minit jer. Tak jauh mana pun kan. So korang yang datang kat perlis ni apa kata cuba daki bukit cenderawasih ni. View memang nice. Terletak di Belakang Hotel Seri Malaysia.
Jom kita layan gambar….
Aku tak tau spesis kera apa ni tapi memang kiut kot…rasa nak wak balik jer sekor
Puncak Bukit Cenderawasih 15 minit mendaki
Anak beranak…yangni spesis lain pulak
Bangunan Dewan Undangan Negeri
Pandai dia ni minum.Comellll
Batu kat atas tu serius lawa
No comments:
Post a Comment